Friday, September 19, 2014

Jalan-jalan ke Bukit Tinggi dan Teluk Cempedak,Pahang

Part 1

13 Sept 2014
SABTU

assalamualaikum w.b.t..kali ini ana shared percutian ke Bukit Tinggi dan Teluk Cempedak. Kedua-dua tempat ini terletak di Pahang. Kebiasaannya ana bercuti berempat, bersama tiga orang kawan yang lain, tapi kali ini seorang tak dapat ikut. Kami hanya merancang ALLAH yang menentukan. Last minute, ikin ada hal berkaitan projek akhir di fakulti. So, cuti kali proceed bertiga sahaja.

Ok, rasa macam panjang pula mukadimahnya. Straight to the point, kali ini kami bertiga lebih kepada jalan-jalan dan tengok tempat orang sahaja. Kononnya nak jimat bajet sebab Pahang dekat saja dengan KL. Jadi, kisahnya kami bertiga merancang untuk manfaatkan masa seharian suntuk daripada pagi sehingga malam untuk pergi kedua-dua tempat. 

Seawal jam 0800 pagi kami bertolak ke destinasi yang paling hampir iaitu Bukit Tinggi. Perjalanan dari KL ke Bukit Tinggi sepatutnya dalam 45 minit sahaja. Tetapi kami mengambil masa lebih sejam kerana jammed. Lupa bahawa cuti pertengahan penggal baru bermula. So, sepanjang keluar dari tol Gombak jalan memang penuh dengan kenderaan. Kebiasaannya kami akan buat perancangan rapi before pergi ke mana-mana. Kali ini, tak ada pula buat begitu. So, redah jela. Lebih kurang 15 hingga 20 minit mendaki bukit akhirnya kami tiba juga di Bukit Tinggi,Pahang. Pendakian menuju ke bukit ini lebih relax berbanding mendaki ke Cameron Highland. Sampai je sini, dah boleh nampak dengan jelasnya bangunan ala-ala kota Perancis. Colmar Tropicale.



kami bertiga saja..

Bergambar di hadapan mercu tanda Bukit Tinggi iaitu Colmar Tropicale. Serius bangunan tu memang cantik. Ala-ala kota Perancis gitu. Waktu kami sampai jam baru pukul 10.30 pagi. Pengunjung masih belum ramai. Boleh la kami "selfie" dulu. Sengaja datang awal sebab nak bergambar. Kalau lewat, ramai pula yang tumpang bergambar..hehehe  :)


ini lah bangunan Colmar Tropicale. Perasan tak bangunan ini sangat famous dalam drama dan filem Melayu. Terpengaruh dengan cerita membawa kami bertiga kesini. Nak lihat dengan mata sendiri pula maklumlah asyik kat tv saja tayang tempat ini. Akhirnya berjaya juga jejakkan kaki kesini.Alhamdulillah.



berdua dengan paim. 

Kononnya nak bergambar sambil pegang jam gergasi tu, sekali pergi tinggi yang amat. (Sebelum tu ana nampak ada seorang tourist bergambar sambil pegang jam tu, hajatnya nak tiru tapi..tak cukup tinggi nak capai jam tu..)





pemandangan dari atas menara



mesej dengan siapa tu?? hehe..

Cantikkan view sini sini. Lengkap ada swan lagi.Kalau korang nak datang sini, nak posing macam cik kak dalam gambar ini dialu-alukan. Swan tu jinak je memang tak patuk orang. Confident bagitau sebab ana pun cuak bila bergambar kat sini, tiba-tiba swan datang dekat. Tapi tak ada apa-apa pun jadi. Baik saja swan tu. Ada dua pasang swan, satu colour putih, and satu lagi hitam. Tak ada pula pict swan hitam. Cantik juga yang itu. Kalau nak tengok, jemputlah melawat ke Bukit Tinggi. (siap promote lagi tu...hehehe)



view dalam Colmar Tropicale 
[abaikan model tak bertauliah tu ]
:)

next destination...still di Bukit Tinggi..
Japaenese Village

Untuk kesini ada pilihan samada naik kenderaan sendiri atau transport disediakan oleh pihak Bukit Tinggi. Mahal ke nak bayar transport? Jawapannya mudah free sahaja. Mungkin dah termasuk dalam bayaran masuk. Hah??Bayar ke masuk sini?Mestilah..Bayar di kaunter berdekatan pintu masuk (selepas melepasi pondok guard.) Jangan silap faham semua. Bayaran masuk ke Bukit Tinggi RM 12 seorang.

Pekampungan Jepun ini jauh terletak di atas bukit. Ana tak pasti pula samada puncak bukit atau tidak.
Kami kesini menaiki transport yang disediakan. Bagi mereka yang hendak menggunakan kemudahan yang disediakan ini, hendaklah tunggu di perhentian bas di hadapan Colmar Tropicale.








Tatami Spa @ Japanese Village

Sekadar bergambar dipintu masuk sahaja. sesiapa teringin hendak ber spa ala-ala servis di Jepun, di Bukit Tinggi ada perkhidmatan tersebut. Harga?? sediakan duit banyak-banyak ya. Setakat RM 200 tiada perkhidmatan ya. Paling murah RM 4OO.

senarai harga untuk servis di Tatami Spa

Gambaran tempat dan suasana spa seperti gambar di bawah. Ana tak masuk pun ke dalam spa ini. Gambar-gambar ini hasil pencarian di "uncle google" . :)





selfie dulu di Perkampungan Jepun :)


next????
bersambung di part 2..