Friday, September 19, 2014

Jalan-jalan ke Bukit Tinggi dan Teluk Cempedak,Pahang

Part 1

13 Sept 2014
SABTU

assalamualaikum w.b.t..kali ini ana shared percutian ke Bukit Tinggi dan Teluk Cempedak. Kedua-dua tempat ini terletak di Pahang. Kebiasaannya ana bercuti berempat, bersama tiga orang kawan yang lain, tapi kali ini seorang tak dapat ikut. Kami hanya merancang ALLAH yang menentukan. Last minute, ikin ada hal berkaitan projek akhir di fakulti. So, cuti kali proceed bertiga sahaja.

Ok, rasa macam panjang pula mukadimahnya. Straight to the point, kali ini kami bertiga lebih kepada jalan-jalan dan tengok tempat orang sahaja. Kononnya nak jimat bajet sebab Pahang dekat saja dengan KL. Jadi, kisahnya kami bertiga merancang untuk manfaatkan masa seharian suntuk daripada pagi sehingga malam untuk pergi kedua-dua tempat. 

Seawal jam 0800 pagi kami bertolak ke destinasi yang paling hampir iaitu Bukit Tinggi. Perjalanan dari KL ke Bukit Tinggi sepatutnya dalam 45 minit sahaja. Tetapi kami mengambil masa lebih sejam kerana jammed. Lupa bahawa cuti pertengahan penggal baru bermula. So, sepanjang keluar dari tol Gombak jalan memang penuh dengan kenderaan. Kebiasaannya kami akan buat perancangan rapi before pergi ke mana-mana. Kali ini, tak ada pula buat begitu. So, redah jela. Lebih kurang 15 hingga 20 minit mendaki bukit akhirnya kami tiba juga di Bukit Tinggi,Pahang. Pendakian menuju ke bukit ini lebih relax berbanding mendaki ke Cameron Highland. Sampai je sini, dah boleh nampak dengan jelasnya bangunan ala-ala kota Perancis. Colmar Tropicale.



kami bertiga saja..

Bergambar di hadapan mercu tanda Bukit Tinggi iaitu Colmar Tropicale. Serius bangunan tu memang cantik. Ala-ala kota Perancis gitu. Waktu kami sampai jam baru pukul 10.30 pagi. Pengunjung masih belum ramai. Boleh la kami "selfie" dulu. Sengaja datang awal sebab nak bergambar. Kalau lewat, ramai pula yang tumpang bergambar..hehehe  :)


ini lah bangunan Colmar Tropicale. Perasan tak bangunan ini sangat famous dalam drama dan filem Melayu. Terpengaruh dengan cerita membawa kami bertiga kesini. Nak lihat dengan mata sendiri pula maklumlah asyik kat tv saja tayang tempat ini. Akhirnya berjaya juga jejakkan kaki kesini.Alhamdulillah.



berdua dengan paim. 

Kononnya nak bergambar sambil pegang jam gergasi tu, sekali pergi tinggi yang amat. (Sebelum tu ana nampak ada seorang tourist bergambar sambil pegang jam tu, hajatnya nak tiru tapi..tak cukup tinggi nak capai jam tu..)





pemandangan dari atas menara



mesej dengan siapa tu?? hehe..

Cantikkan view sini sini. Lengkap ada swan lagi.Kalau korang nak datang sini, nak posing macam cik kak dalam gambar ini dialu-alukan. Swan tu jinak je memang tak patuk orang. Confident bagitau sebab ana pun cuak bila bergambar kat sini, tiba-tiba swan datang dekat. Tapi tak ada apa-apa pun jadi. Baik saja swan tu. Ada dua pasang swan, satu colour putih, and satu lagi hitam. Tak ada pula pict swan hitam. Cantik juga yang itu. Kalau nak tengok, jemputlah melawat ke Bukit Tinggi. (siap promote lagi tu...hehehe)



view dalam Colmar Tropicale 
[abaikan model tak bertauliah tu ]
:)

next destination...still di Bukit Tinggi..
Japaenese Village

Untuk kesini ada pilihan samada naik kenderaan sendiri atau transport disediakan oleh pihak Bukit Tinggi. Mahal ke nak bayar transport? Jawapannya mudah free sahaja. Mungkin dah termasuk dalam bayaran masuk. Hah??Bayar ke masuk sini?Mestilah..Bayar di kaunter berdekatan pintu masuk (selepas melepasi pondok guard.) Jangan silap faham semua. Bayaran masuk ke Bukit Tinggi RM 12 seorang.

Pekampungan Jepun ini jauh terletak di atas bukit. Ana tak pasti pula samada puncak bukit atau tidak.
Kami kesini menaiki transport yang disediakan. Bagi mereka yang hendak menggunakan kemudahan yang disediakan ini, hendaklah tunggu di perhentian bas di hadapan Colmar Tropicale.








Tatami Spa @ Japanese Village

Sekadar bergambar dipintu masuk sahaja. sesiapa teringin hendak ber spa ala-ala servis di Jepun, di Bukit Tinggi ada perkhidmatan tersebut. Harga?? sediakan duit banyak-banyak ya. Setakat RM 200 tiada perkhidmatan ya. Paling murah RM 4OO.

senarai harga untuk servis di Tatami Spa

Gambaran tempat dan suasana spa seperti gambar di bawah. Ana tak masuk pun ke dalam spa ini. Gambar-gambar ini hasil pencarian di "uncle google" . :)





selfie dulu di Perkampungan Jepun :)


next????
bersambung di part 2..











Sunday, April 27, 2014

PART 2 : Bagpacker Road to Cameron Highlang..

2nd day di Cameron Highland...


Perancangan untuk hari kedua a.k.a hari akhir di sini melawat sekitar CH...Antara tempat kami lawati adalah Ladang Teh Bharat, Taman Lavender dan Taman AGRO MARDI..

bergambar sementara tunggu yang lain bersiap..
Lia sedang bersiap..sibuk cucuk jarun kat tudung,,hehe




di hotel inilah kami menginap selama 2H 1M


posing di lobi hotel :)

ok kami dah check out..tq tudor home in hotel




sementara menunggu kereta diisi minyak kita selfie dulu @ shell :)


singgah di restoran untuk breakfast. harga?? sangat berbaloi boleh dikategorikan murah :)



breakfast dulu..roti canai sahaja..


Tempat pertama kami pergi untuk hari ke-2 adalah ladang teh. Di Cameron Highland ada banyak ladang teh, jadi boleh pilih hendak melawat ladang mana-mana yang kalian suka. Kami pilih Ladang Teh Bharat. Kononnya nak ke Ladang Teh Pallas yang famous tu, tapi alkisahnya terlepas simpang masuk. Kami sampai sini pun ok la kan. Tiada bayaran dikenakan sekiranya hendak masuk ke sini melainkan anda hendak minum teh di restoran yang ada di sini.

gerbang pintu masuk ke ladang teh

antara view dalam ladang teh. Datang sini wajib ambil gambar di ladang

model tak berbayar di Bharat Plantations :)

bergambar  sebelum meneruskan perjalanan di Cameron Highland


Next destination selepas Bharat Plantations, kami singgah di Taman Lavender. Lavender sejenis bunga yang banyak ditanam di luar negara terutamanya di selatan Perancis. Di US pun ada lain-lain negara . Anda Boleh google untuk tahu lebih detail :)


inilah rupa bunga lavender. antara bunga yang aku suka.
Warna yang cantik dan bau yang sangat wangi..
(sumber: google )



bergambar dahulu sebelum masuk ke dalam taman

kereta antik ini yang menyambut kedatangan pengunjung

4 gadis dan bunga-bungaan..
signboard pun boleh jadi tempat bergambar..




view dari atas..subhanallah cantik sangat

kami bertiga...selfie time :)



Paim dan bunga besar..trick kamera saja semua ini..





selfie berempat..view dari atas Taman Lavender
dalam taman ada buai..


Bangunan cantik kat belakang tu sebenarnya adalah pejabat urusan

Sebenarnya banyak lagi gambar di taman ini. Ana tak letak semua nanti crowded sangat pula kan. Ini antara gambar-gambar yang cun untuk dikongsi bersama. Sekiranya sesiapa ada yang berhajat hendak datang ke Cameron Highland, pastikan anda jadikan Taman Lavender antra lokasi lawatan. Terutamanya golongan Hawa. Bunga-bungaan disini sangat cantik dan boleh dibeli.

Bayaran masuk kesini pula dikenakan sebanyak RM5/orang

Saturday, April 12, 2014

Part 1 : Bagpacker road to Cameron Highland

dikala mahasiswa dan mahasiswi UM sibuk menelaah..maklumlah musim final exam.. muncul idea dua orang sahabat untuk pergi bercuti...perancangan demi perancangan diaturkan..

final exam dah  berlalu dengan jayanya..result?? tak tahu la macam mana kan..prepare untuk fasa latihan pula..but plan untuk pergi holiday masih positif..huhuhu

tanggal 14 Mac bersamaan hari Jumaat aku berangkat ke KL..
alhamdulillH..perancangan yang telah lama dibuat..akhirnya berjaya juga kami mendaki ke Cameron HighlanD PADA 15-16 Mac 2014..tempoh yang singkat tapi sangat enjoyed..

CAMERON HIGHLAND tempat yang aman dan tenteram.. actually in merupakan percutian kami bertiga yang pertama..siapa kami bertiga itu???


paim,ikin and me

by the way ada 2 orang yang tak termasuk dalam plan awal kami..

Lia and Luqman our cameraman + driver..hehehe

this our budget... 2H 1M at Cameron Highland..

1. Hotel : 2H 1M
RM 290 untuk 2 bilik.. but kawan kami sorang ni pandai bargain..semasa check in sempat lagi minta less.. adik kat kaunter tu baik pula kasi diskaun RM 30..so total bayaran untuk hotel adalah RM 260..

2.Makan tengahari 1st day @ restoran ikan bakar..dekat je dengan hotel kami menginap..
Nasi GORENG + TEH O AIS : RM 8
mahal juga la..so next time memang tak datang dah kot kat kedai ni..huhuhu

3.Taman Agro Strawberry..
free entrance..bayar untuk untuk selfpick strawberry sahaja..RM25/setengah kilogram..









4.jalan-jalan di Brinchang..memandangkan hari sudah lewat petang, kedai mula dah nk tutup..so, lalu je tak singgah lama pun..plan kami esok datang sini lagi..




5. balik hotel untuk rest,solat..perancangan seterusnya adalah Pasar Malam pekan Brinchang..








6. malam masih muda..tak kan datang jauh2 just duk berkurung dalam bilik hotel je kan.. langsung tak berbaloi..so, apa lagi..pusing2 Tanah Rata di malam hari..makan malam sambil tonton bola..hehehe

7.balik hotel..
makan2 lagi then sempat posing dengan sunglass baru..i punya..hehe..hat tu pula ikin punya..untuk kegunaan fieldwork katanya..jauh datang beli...huhuhu

entry untuk 2nd day coming soon ya..daaa