Bercuti di Kuantan, Pahang...
Pantai Sepat, Kuantan menjadi salah satu destinasi yang Ana hendak kongsi bersama. Ana kesini sebenarnya untuk menghadiri Hari Keluarga Koperasi Bimbingan Insan Pahang Berhad (KOBI). Koperasi ini merupakan tempat Ana bekerja sementara menunggu keputusan STPM diumumkan. KOBI beroperasi di bandar Temerloh, Pahang.
Okay, kita teruskan dengan cerita Pantai Sepat. Memandangkan ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh koperasi, maka aktiviti terhad di Pantai Sepat bermula tarikh 24-25 Jun 2011. Seawal jam 8.00 pagi kesemua kakitangan berkumpul untuk bergerak ke Kuantan. Ana dan tiga orang kakitangan perempuan bergerak ke Kuantan satu kereta. Kak Intan yang menjadi pemandu. Kami berempat bergerak lebih awal kerana merancang untuk lencong ke bandar Kuantan sebelum ke Pantai Sepat..hehehehe..
Sekitar pukul 10 pagi kami sampai Kuantan. Singgah di East Coast Mall (ECM) dulu dan layan movie sekejap di Golden Screen Cinema (GSC). Selepas habis sahaja tengok wayang kami berenpat lunch di The Chicken Rice Shop, ECM Kuantan
![]() |
k.intan dan k.farah |
![]() |
bersama k.mini (staf ofis KOBI) |
![]() |
meja penuh dengan makanan untuk dimakan kami berlima. |
![]() |
ambil angin di waktu pagi..feeling refresh :) |
![]() |
diapit kakak yang cun..waktu petang |
Gambar tidak banyak diambil sepanjang dua hari di Pantai Sepat. Sekadar meluangkan masa dengan mencari ketenangan (ayat macam poyo saja kan). Resort Amansari menjadi tempat kami bermalam.
No comments:
Post a Comment